BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~mErekA yG sH0meL~

Friday, June 17, 2011

~JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA~

Oleh Dr. Fadilah Kamsah



"Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit oleh bisanya
Ketajaman mata kailmu dan
Mungkin ia akan menderita selagi ia hidup..

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya
Dan jangan menganggap ia terlalu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu..

Apabila ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya kembali
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya sebaik mungkin
Ia masih boleh digunakan lagi..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan, berkhasiat
Mengapa kamu berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu yang akan menyesal..


**..Kita sebagai manusia kadangkala tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan..**


2 comments:

Anonymous said...

^_^ sesungguhnya setiap apa yg kita dpt adalah yg t'baik utk kita...

mIsS n_n said...

=) ye..betol tu...hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk kita..ALLAH xbagi apa yg kita mahu sbb ALLAH nak bagi apa yg kita perlu..