BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~mErekA yG sH0meL~

Wednesday, June 29, 2011

~KHILAF HAMBA YG HINA~

Kenapa fikiran seperti menidakkan suatu kebenaran
Sedangkan mulut menuturkan rasa percaya
Kenapa hati berat menerima suatu kenyataan
Sedangkan diri seperti mampu mengharungi
Kenapa batin seakan memberontak
Sedangkan pada zahir seperti tenang menghadapi

..........Ya ALLAH.......
Aku hamba-MU yg lemah
Yg mudah alpa dgn tanggungjawabku di alam fana ini
Andai ini semua dugaan-Mu
Aku redha Aku pasrah
Segalanya aku terima
Walau pahit walau sakit

Aku mengerti Aku fahami
Syaitan laknatullah makin mencucuk hasutannya
Andai aku terus melayani rasa ini

Ya ALLAH..
Kuatkan aku
Lindungi aku
Ampuni aku
Aku terbeban dgn dosa pada-MU
Dengan bebanan rasa bersalah pd manusia

Wahai cik fikiran
Positiflah kamu
Wahai cik hati
Tabahlah kamu
Wahai cik batin
Tenanglah kamu

Aku mahu berpijak pada alam yang nyata
Aku enggak mahu terus berfantasi
Menyulam angan yang takkan menjadi kenyataan
Mengulit mimpi yang tak pasti
Kerana aku masih punya cita yang harus dikejar
Kerana aku masih punya impian yang perlu digenggam

Ya ALLAH
Lindungi aku dari rasa putus asa dan lemah tak berdaya
Biar titisan air yang mengalir di pipi ini
Kerana rasa khilafku pada-MU
Bukan atas rasa lain
Biar rasa sakit sekarang
Bukan sakit di hari penentuan-MU
Kerana aku tahu KAU Pencipta Sekalian Alam
Yang Maha Adil lagi Maha Pengampun
ENGKAU menduga aku dgn rasa yg aku tak bisa peroleh
Aku terima segalanya
Kerana aku pasti KAU akan kurniakan apa yang aku perlu
Hanya kesabaran yang harus utuh
Biarkan waktu yang menentukan semuanya
Segalanya pasti akan menjadi lebih baik
InsyaALLAH...


0 comments: