BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~mErekA yG sH0meL~

Saturday, January 14, 2012

~ B B B ~

~ B B B b b b B B B b b b B B B ~

Ni bukan BBB t0myam Bangi tu
*berikutan jadual tido x menentu skunk, asek  berlapoo jela..hue~~*

~ Buka Buku Baru ~

Tapi ni xde kaitan dgn azam tahun baru ke apa ke
Cuma dgn peredaran waktu ni
Ak mengharapkan sesuatu yg lebih bermakna
Ak berharap untuk menjadi lebih baik dan matang dlm hadapi kehidupan
Yg pasti ak sedang berusaha..
Kata tanpa usaha kan sia-sia

Yang berlaku sudah berlaku
Yang lepas biarlah lepas
Just through it n move on
InsyaAllah

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
Setiap manusia ada 'instinct'..sama ada benar ataupun tidak..dan terkadang ia diberi dengan petunjuk dari-Nya..
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Acapkali ak diingatkan dan mengingati diri tentang naluri
Ya..ini kurniaan yang diberi Allah
Terkadang naluri datang dengan suatu kebetulan
Terkadang naluri itu cuma sangkaan
Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Banyak hal yang terjadi, segalanya datang dari Dia
Dan terkadang terdiam dan terfikir pabila disertakan dengan petunjuk-Nya
Meski sudah dirasai tentang suatu 'perbohongan' dan 'kenyataan'
Tetap ku hormati tindakan itu
Kerana semua yang berlaku ada hikmah yang tersendiri

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
Manusia ni takde yang sempurna, sebab tu selalu lakukan kesilapan
Tapi ini bukan alasan untuk terus lakukan kesilapan 
Jadikanlah kesilapan sebagai pengajaran
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Ak mengerti ak belajar ak fahami
Sebab ak pun manusia biasa
Yang tak lari dari melakukan kesilapan
Ak sedang berusaha untuk menerima kelemahan diri
dan belajar memaafkan serta mungkin melupakan
Bagi diri aku sendiri, memaafkan itu mudah tapi melupakan itu mungkin payah
Tapi insyaAllah ak cuba
Sebab tak salah beri peluang dan ruang kpd yang ingin membaiki kesilapan
Siapa la diri kita untuk tidak memaafi
Walhal diri sendiri juga penuh dgn kekhilafan
Dan kerana itu hargai peluang dan ruang
Perbaiki kelemahan dan insafi kekurangan

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
Banyak perkara yang kita harus lupakan
Tetapi terkadang ia tetap datang mengusik fikiran dan jiwa
Bukan takde usaha tapi terkadang tak mampu untuk berpura-pura
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Ini juga ak belajar
Belajar dari pengalaman dan santapan mata
Kerana itu aku tak kisah andai terkadang perkara yang cuba dilupakan
tetap ada dalam kotak fikiran
Lumrah manusia ada akal fikiran
Yang mampu menghafal dan mengingat 
Bukan bermakna tiada keikhlasan dalam suatu kemaafan atau perubahan
Namun itulah hakiki
Pegangan tetap menjadi pedoman diri
Moga ada sinar suatu hari nanti
Tetaplah dengan kesabaran di hati
Kerana janji Allah itu pasti.. =)



meh buka buku baru meh ^^
*berusahalahuntukjadilebihbaik*

0 comments: