BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~mErekA yG sH0meL~

Wednesday, June 29, 2011

~KHILAF HAMBA YG HINA~

Kenapa fikiran seperti menidakkan suatu kebenaran
Sedangkan mulut menuturkan rasa percaya
Kenapa hati berat menerima suatu kenyataan
Sedangkan diri seperti mampu mengharungi
Kenapa batin seakan memberontak
Sedangkan pada zahir seperti tenang menghadapi

..........Ya ALLAH.......
Aku hamba-MU yg lemah
Yg mudah alpa dgn tanggungjawabku di alam fana ini
Andai ini semua dugaan-Mu
Aku redha Aku pasrah
Segalanya aku terima
Walau pahit walau sakit

Aku mengerti Aku fahami
Syaitan laknatullah makin mencucuk hasutannya
Andai aku terus melayani rasa ini

Ya ALLAH..
Kuatkan aku
Lindungi aku
Ampuni aku
Aku terbeban dgn dosa pada-MU
Dengan bebanan rasa bersalah pd manusia

Wahai cik fikiran
Positiflah kamu
Wahai cik hati
Tabahlah kamu
Wahai cik batin
Tenanglah kamu

Aku mahu berpijak pada alam yang nyata
Aku enggak mahu terus berfantasi
Menyulam angan yang takkan menjadi kenyataan
Mengulit mimpi yang tak pasti
Kerana aku masih punya cita yang harus dikejar
Kerana aku masih punya impian yang perlu digenggam

Ya ALLAH
Lindungi aku dari rasa putus asa dan lemah tak berdaya
Biar titisan air yang mengalir di pipi ini
Kerana rasa khilafku pada-MU
Bukan atas rasa lain
Biar rasa sakit sekarang
Bukan sakit di hari penentuan-MU
Kerana aku tahu KAU Pencipta Sekalian Alam
Yang Maha Adil lagi Maha Pengampun
ENGKAU menduga aku dgn rasa yg aku tak bisa peroleh
Aku terima segalanya
Kerana aku pasti KAU akan kurniakan apa yang aku perlu
Hanya kesabaran yang harus utuh
Biarkan waktu yang menentukan semuanya
Segalanya pasti akan menjadi lebih baik
InsyaALLAH...


Saturday, June 18, 2011

~SAAT SESUAI~

Sungguh
Aku tercari-cari waktu yang sesuai
Untuk selesaikan
Untuk perjelaskan
Yang masih bersisa
Yang masih kabur
Aku tak mahu ambil keputusan terburu-buru
Mana mungkin untukku
Gusar andai ia cuma bisa memburukkan keadaan
Aku perlukan kekuatan..
Untuk hadapi semua ini
Kerna aku tahu semuanya adalah dugaan drp-NYA
Daripada Penciptaku
Pencipta sekalian alam
Dia menguji tahap keimanan dan kesabaran..
Ku harus cekal dan tabah
Segala yang mungkin terjadi selepas ini
Perlu ditelan, Perlu dilalui..
Segalanya demi menghuraikan apa yg kusut
Kerana ianya berlaku akibat kekhilafanku
Ya ALLAH
Aku hamba-MU yg lemah..
Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Moga KAU permudahkan segalanya..
~INSYAALLAH~

Friday, June 17, 2011

~MUHASABAH CINTA~



Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu....







~JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA~

Oleh Dr. Fadilah Kamsah



"Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit oleh bisanya
Ketajaman mata kailmu dan
Mungkin ia akan menderita selagi ia hidup..

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya
Dan jangan menganggap ia terlalu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu..

Apabila ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya kembali
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya sebaik mungkin
Ia masih boleh digunakan lagi..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan, berkhasiat
Mengapa kamu berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu yang akan menyesal..


**..Kita sebagai manusia kadangkala tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan..**


~KERANA AKU WANITA~


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita 
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', 
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami. 
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, 
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami 
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, 
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami..


Wednesday, June 15, 2011

~A.B.J~

~~A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,ZzzzZ~~
(okey,xdak kaitan pun dgn entry ni..hoho)

ABJ means Air Batu Jagung

Ada yg pernah dengar or minum x??
Coz bila ak mai stdy kat ukm nih..
Ramai yg xtau..huhu
ABJ ni ala2 cam ABC(Air Batu Campur)
Cuma bahannya just jagung manis n susu je~

Okey..ni da terover sikit ye..xde ice cream pun  sbnrnya..hihi

Ak mmg suka gila la minum mende ni
Bermula bila masa kecik2 dulu time skul ren
Mak ak selalu suh ak pi beli pisang goreng(kat tganu=goreng pisang,ok sama je sebnrnya..=p)
Kira rajin la pi kayuh beskal tlng mak pi kedai..hehe..
Skunk pun rajin gak..suma dh bkn bskl..

Eh..berbalik semula sal ABJ..=,='
Ak ingat lg, mula2 family besa order ABC(Air Batu Campur)
Then anak laki makcik kedai tu cadang ak try beli ABJ
Ak try la..haa~~ memang perghh la...
Dah la ak mmg suka jagung..hoh0
Pastu ak slalu beli kat situ..
Tapi family ak tetap lebih prefer ABC..
Huhu
(Xpe, xkisah..ak leh minum sorang2..haha)

Sampai la ada 1 kes tu yg wat ak xpi dah kedai tu..
(huhu,mls citer..=P)
Skunk kedai tu dah tutup sbb gov nak tanah tu..
Kedai tu mmg laku, lagi2 dkt dgn perumahan n kedai runcit..
Kira strategik la..
Tp tu la, dah xde..lama dh..since ak skul men kot tutup..
Kedai len ak try usha, cam xde hrpn je de ABJ sedap camtu..huhu

Pastu dtg study cni..kira2 semester dua la..ak tetiba teringat kat ABJ..
Time short sem kemengidaman ak makin parah..hahaxs
Time ni bwk sco0ter, so apa lg..
Memberanikan diri carik ABJ kat luar ukm..
Abraham Misaki@Misa, Syarifah Nurrisyma n Yuyu Mato (nama FB) mmg jadi mangsa ak..haha
Thanks n sorry korang,..
Tp frust kot..
Org kat kedai pun xtau pe tu ABJ..
Siap ak yg ajar camne nak wat..
1st,kat kedai biasa2 je..
Leh lyn lg kerenah ak ni..
wp0n xmenjadi..huhu
2nd carik, kat kedai 'tett'..kat area bndr,femes gk..huhu
Ak dah explen awal2 camne..
Bila ak teg0 time dia tngh wat,dia pi letak air manisan gak..
Dia leh mrh ak balik..
Cashier dia pun sama je..
Syarifah=saksi

Huhu..xpela..ada org kata kat ak, 'terima je apa yg ada..'
Akhirnya minum dgn ati yg 'gembira'.....
Aaaddoo00oiiiiiii (gaya sebutan misa =P)
Sabo00 jela..Malas dah ak pi kedai tu..
(kunun la..hee)


Yg atas tu cendol, kiri abc kanan abj..ak suka tiga-tiga..=D




p/s :: kpd yg nak tau sgt apa tu abj..ni la....hee..diingatkan just ais kisar,susu n jagung manis ye... ^_^


Tuesday, June 7, 2011

~LIKE A STAR~

Sesang eoneun geoseh geudae sumdeorado
Naneun geudael chajanael suga isseoyo
Geudaega eobdamyeon
Geudaega eobdamyeon
Naesimjangeun dduiji anheuhniga
Sarang I ra geudi malhaji anhado
Ma eum euh ro naneun al suga itjyo
Geudaeman itdamyeon
Geudaeman itdamyeon
Amugeotdo nan pilyo eobneundeh
You're my everything to me
You're my everything to me
Haneul ui byeolcheoreom hwanhageh bichwojuri
Geudaeneun naman ui sarang
Yeonywonhan namanui sarang
Uri saranghaeyo
Geudae hanamyeon nan chungbunhaeyo
Geu mueotgwa bigwohalsu isseulggayo
Geu mueotgwabattol suga itnayo
Geudae ui sarangeul
Geudaeui maeumeul
Geu nugadaesinhalsu itnayo
You're my everything to me
You're my everything to me
Haneul ui byeolcheoreom hwanhageh bichwojuri
Geudaeneun naman ui sarang
Yeonywonhan namanui sarang
Uri saranghaeyo
Geudae hanamyeon nan chungbunhaeyo
I byeolhaneun il eobseulgo eh yo
Geudaeehgeh sangcheohjuneun il
Nuneul heulrigeh halril na eobdorok
You're my everything to me
You're my everything to me
Uri byeonchimayo
Seh wo ri heu reundaedo
Geudaeneun naman ui sarang
Yeongwonhan naman ui sarang
Uri saranghaeyo
Seul peum eobneun sesang eseo uri



Dis is 1 of my feveret song.. ^_^
Dah lama xdengar lagu ni..
Tiba je terpasang lak lagu ni..
So jari jemari rajin la mencari liriknya n share di sini..

Nak citer skit la nape leh suka lagu ni..
Ak ni bukanlah sorang yg addicted gile2 kat satu2 type song or singer or movie
Means ak xdela sgt2 suka korean ke hindi ke english ke malay ke..
Ak lyn sume..tp x overdose la..hee~
So ak xdela sampai leh kenal singer2, actor2 bagai~ hue

Lagu ni lagu Korea..
Ada la dak2 lam Sanggar Mas duk pasang je lagu ni time kitorang prektis tuk FTU
(Festival Teater Universiti)
Ak jatuh suka lak dengar..
Sbb lagu dia nice, sweet dgr..hoho
Kira bleh masuk la ngan jiwa ak..

Then ak pun pe lagi, mendonlot la..
Selalu pasang..
Besa dgn Fatihah n Kamilah la..
Sampai  ada 1malam tu kitorang buat status FB yg sama 
"you're my everything to me"
Sampai kena tegur dgn senior2 SM..hihi
Then Amri pun lyn gak rupanya
Ak sedar time pi alamanda, dia pasang..haha~

Rindu lak nk pi prektis mlm2 even penat sgt
Makan ngan dorang+dgr lagu+wat keje sesama
**tiba ja ke lain** =,='

Btw, sesape yg lom dengar leh la try2 dgr..
Kot2 terminat gak dgr.. =)
LIKE A STAR by Tae Yeon SNSD & The One





~J.A.N.J.I~


Pernah x anda berjanji??
Mesti pernah kan..
Saya sendiri pun xterlepas
Manusia xpernah lari dikaitkan dengan janji
Terutama masyarakat Melayu..(kan?)
Sampai ada yg menyebut "Janji Melayu"
Nevermind..xnk sentuh sal janji melayu ke melayu mudah lupa ke..
Xnk kata kat kaum sendiri
Tapi xbermakna boleh kata kat kaum lain lak..=)

Semua org pernah berjanji tapi xsemua org akan mengotakan janjinya..
Kenapa ye??
Syyhh..Tanya diri n jawab sendiri..
Hanya diri kita n pastinya ALLAH yang tahu..

Meh baca sikit sal Janji menurut Islam =)


Hukum Berjanji
Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Bukan sekedar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah. Antara sebab wajibnya kita menunaikan janji yang telah kita berikan adalah :
a. Perintah Allah SWT dalam Al-Qurân Al-Karim

Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang pernah diucapkan.

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (QS. An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan kerana kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar. (An-Nal : 94)
b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman

Allah menyebutkan dalam surat Al-Mu`minun tentang ciri-ciri orang beriman. Salah satunya yang paling utama adalah mereka yang memelihara amanat dan janji yang pernah diucapkannya.

Telah Beruntunglah orang-orang beriman, iaitu yang .. dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya. (QS. Al-Mu`minun : 1-6).
c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syaitan

Ingkar janji itu merupakan sifat dan perbuatan syaitan. Dan mereka menggunakan janji itu dalam rangka mengelabuhi manusia dan menarik mereka ke dalam kesesatan. Dengan menjual janji itu, maka syaitan telah berhasil menangguk keuntungan yang sangat besar.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.(QS. An-Nisa : 120)
d. Ingkar Janji Adalah Sifat Bani Israil

Ingkar janji juga perintah Allah kepada Bani Israil, namun sayangnya perintah itu dilanggarnya dan mereka dikenal sebagai umat yang terbiasa ingkar janji. Hal itu diabadikan di dalam Al-Quran Al-Kariem.

Hai Bani Israil, ingatlah akan ni`mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku , niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus 
takut. (QS. Al-Baqarah : 40)

 Janji Yang Mungkar

Janji itu hanya wajib ditunaikan apabila berbentuk sesuatu yang halal dan makruf. Sebaliknya bila janji itu adalah sesuatu yang mungkar, haram, maksiat atau hal-hal yang bertentangan dengan ketentuan syariat Islam, maka janji itu adalah janji yang batil. Hukumnya menjadi haram untuk dilaksanakan.

Misalnya seseorang berjanji untuk berzina, minum khamar, mencuri, membunuh atau melakukan kemaksiatan lainnya, maka janji itu adalah janji yang mungkar. Haram hukumnya bagi seorang muslim untuk melaksanakan janjinya itu. Meski pun ketika berjanji, dia mengucapkan nama Allah SWT atau sampai bersumpah. Sebab janji untuk melakukan kemungkaran itu hukumnya batal dengan sendirinya.

Dalam hal tertentu, bila seseorang dipaksa untuk berjanji melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam, tidak ada kewajiban sama sekali baginya untuk menunaikannya. Misalnya, seorang prajurit muslim, diseksa oleh lawan. Lalu sebagai syarat pembebasan hukumannya, dia dipaksa berjanji untuk tidak solat atau mengerjakan perintah agama. Maka bila seksaan itu terasa berat baginya, dia diberi keringanan untuk menyatakan janji itu, namun begitu lepas dari musuh, dia sama sekali tidak punya kewajiban untuk melaksanakan janjinya itu. Sebab janji itu dengan sendirinya sudah gugur.

Seperti Amar bin Yasir, hal yang sama juga terjadi dan Allah SWT memberikan keringanan kepadanya untuk melakukannya.

Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman, akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (QS. An-Nahl : 106)



Rasulullah saw bersabda “Ada tiga hal siapa yg berada di dalamnya maka dia adalah orang munafik meskipun dia solat puasa haji berkata bahawa dirinya adlh seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah apabila berbicara berbohong apabila berjanji mengingkari dan apabila diberi amanat berkhianat.


Nukilanku...
Setiap manusia yakni hamba Allah xpernah lari dari melakukan kesilapan
Terutama dalam menempuh kehidupan yang mencabar..
Xterlepas juga kesilapan tentang janji..
Sama ada janji terhadap Allah, diri sendiri, keluarga ataupun org lain..
MOga kita sama2 lebih berhati2 dalam meletakkan sebarang perjanjian yg pastinya perlu sedar akan kemampuan kita untuk melaksanakan janji tersebut.
Andai tidak mampu, (merujuk janji dgn manusia) cuba terangkan terhadap mereka dengan sebaik-baiknya..
Insya-ALLAH..cara penyelesaian yang baik pasti akan mendapat pertolongan ALLAH dan akhirnya bertemu jalan penyelesaian yang baik..
Pada yg dijanjikan...cuba 'masukkan' diri anda dalam situasi mereka yg berjanji..
Andai mereka cuba menjelaskan mengapa tidak terlaksana..
Cuba terima dgn hati yg terbuka dan ikhlas..jgnlah tidak redhai mereka..
Buang yg keruh Ambil yg jernih
Melalui cara ini, kita mampu menolong saudara kita dari beban dosa janji xditunaikan..
Sama ada mereka ikhlas menyatakannya ataupun tidak..
Itu urusan Allah dgnnya..
Hanya ALLAH yg lebih Mengetahui..
Wallahualam =)

p/s :: Andai diri ini ada mengucapkan sebarang kata janji yang belum tertunai..mohon diingatkan diri ini..andai xmampu dikotakan,,ampunilah diri ini seikhlasnya...



~W.G.A.C.A~

Just realise something again....
Mak aih...makin hari makin byk yg ALLAH bukak utk ak sedar kelemahan n kelapaan diri..
Namun ak bersyukur..alhamdulillah..
Moga slps ni ak akan lebih berhati2 dlm life ak..
Ak anggap ni dugaan-NYA dalam menguji tahap keimananku..
Moga slps ni ak akan lebih waspada n lbh matang dlm pemikiran n urus emosi..

Mungkin apa yg berlaku, apa yg ak alami, pengalaman ak..
Dah pernah berlaku pada org lain..
Xsiapa yg tahu.. (Dengar2 citer mmg ada) 
Hanya empunya diri@'mereka' yg tahu..
Dan yang pasti ALLAH Maha Mengetahui..

Selepas ni tak mustahil 
Akan berlaku pada org lain jugak..
Bukan mendoakan.. tapi ak rasa mmg xdpt dielakkan..
Andai ada pencetus dan penerima..
Memang dapat terjadi..
Dan mungkin sebenarnya sedang berlaku kat org lain slps ak..
Wallahualam..

Andai ak ada terdengar apa2 cite sal tu 1 hari nnt..
Maybe pd org 'slps' ak atau 'seperjuangan' ak..
Atau mungkin pada pencetus itu sendiri..
Mungkin ak akan tersenyum,(gelakkan diri ak je) tergeram or apa2 jela..
1x lagi bukan mendoakan..

Namun ak yakin..
...What Goes Around Comes Around...


p/s :: jgn buat kat orang nnt ALLAH balikkan kat kita semula...

~REJAB BULAN ALLAH~


MARI HAYATI KELEBIHAN BULAN REJAB DAN SELAMAT BERAMAL =)

Sabda Nabi s.a.w.: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."


Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,

Sya'aban dengan malam NISFUnya

Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)




* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur dengan muka bercahaya.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.


* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).



Berkata Saidina Ali r.a :
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah swt berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan KebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu denganmu".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah antara keistimewaannya dan 
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


REJAB bulan menabur benih
SYA'BAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya
SYA'BAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat
SYA'BAN bulan muhibbah
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan





P E R H A T I A N

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya kesemuanya ; laksanakanlah sebahagiannya DAN janganlah ditinggalkan semuanya..
.
(sumber::kopipasta)