Rasanya seakan sudah lama air mata xmengalir deras
Aku berjaya pupuk ego, tahan diri, pendam rasa
Dengan pelbagai khabar yg aku dengar
Dengan macam2 masalah yg timbul
Ku cuba juga kuatkan diri, tabahkan hati
Kerana semua ini ujian ALLAH
............................
Tapi hari ini waktu ini
Aku TEWAS
YA ALLAH YA RABBI
Aku hamba-MU yg lemah
Kadang aku rasa tak cukup kuat untuk semua ini
YA ALLAH..
Hinanya aku mengeluh atas ujian-MU
............................
Satu demi satu terungkai
Satu demi satu terjawab
Aku keliru Aku kelu
Diam itu menyakitkan
Bicara itu menyebalkan
Lurusku memainkan
Bendulku membodohkan
...........................
Sungguh diri ini berpura-pura
Senyum tawa menutup luka
Kehilangan teman bicara
Memang menambah duka
Sesesungguhnya memang aku merindui insan yg telah pergi
Sama ada yg pergi mengadap Illahi
Mahupun yg pergi menjauhi diri
Tapi siapa aku untuk menidakkan ketentuan Illahi
...........................
Kehidupan memang penuh onak durinya
Bukan semuanya seperti yg kita mahu
Kita merancang namun Allah yg menentukan
Inilah hakikat
Yang perlu ditempuh
Bukan dicemuh
Aku redha......
Cuma aku tak mampu nafikan apa yg aku rasa
Aku lebih rela sakit luaran dari dalaman
Sungguh..Memang sakit....T.T
Teringat lak ayat ni..*muka yg tersenyum belum tentu menggambarkan hatinya bahagia, muka yg sugul belum tentu menggambarkan hatinya berduka*..ada betolnya ..kadang2 berpura2 itu perlu bg menutupi rahsia hati..Waallahualam~