BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~mErekA yG sH0meL~

Wednesday, August 17, 2011

~ SALAM NUZUL QURAN 1432 H~

Salam Ramadhan..hari ni dah masuk 17Ramadhan 1432H..Alhamdulillah..kita masih lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk meneruskan ibadah puasa dan ibadah2 lain..insyaAllah..

17 Ramadhan merupakan hari peristiwa Nuzul Al-Quran

Perkataan Nuzul diambil daripada perkataan bahasa Arab yg diertikan sbg penurunan, sementara Al-Quran pula merupakan kitab Allah yg diberikan kpd Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Jadi istilah Nuzul Al-Quran boleh diertikan sbg penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sbg petunjuk kpd umat manusia sejagat.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yg pertama kpd Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yg kita baca pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


SALAM NUZUL QURAN 1432 HIJRAH BUAT SEMUA YG BERAGAMA ISLAM. Semoga kita semua dapat memperbanyakkan bacaan al-Quran dan menghayati isi kandungannya sempena peristiwa Nuzul Quran dan bulan Ramadhan yg mulia ini.InsyaAllah..





2 comments:

CIK FERRA AWW said...

SEDEYHH KL TAK DPT CUTY

mIsS n_n said...

Ha'ah kan..kl xdpt cuti...hee...xpe2..pengorbanan n tuntutan ^^